Marriott Kerjaya

Mgr-Training

Chongqing, China
Sumber Manusia


Butir-Butir Pekerjaan

Lihatlah gambar-gambar daripada pekerja di lokasi ini, dan juga beberapa video!

Tarikh Disiarkan May 18, 2018
Nombor Kerja 18001FBR
Kategori Pekerjaan Sumber Manusia
Lokasi Chongqing Marriott Hotel, Chongqing, China LIHAT PADA PETA
Jenama Marriott Hotels Resorts /JW Marriott
Jadual Sepenuh Masa
Ditempatkan Semula? Tidak
Jenis Jawatan Pengurusan

Mulakan Perjalanan Anda Bersama Kami
Portfolio jenama Marriott International merangkumi rangkaian Hotel JW Marriott dan Hotel Marriott.

RangkaianHotel Marriott, jenama utama Marriott International yang berada di lebih daripada 500 lokasi seluruh dunia, sedang memperhalus seni melayan tetamu supaya tetamu-tetamu kami dapat merantau dengan selesa. Sebagai tuan rumah di Hotel Marriott, anda akan menunaikan janji ini dengan menawarkan pilihan premium, gaya yang istimewa, dan ketelitian yang tinggi. Dengan menggunakan kemahiran dan imaginasi anda, kita akan sama-sama mencipta inovasi dan mengubah masa depan bidang pelancongan.

JW Marriott adalah sebahagian daripada portfolio mewah Marriott International dan meliputi lebih daripada 80 hotel yang indah di bandar utama dan lokasi peranginan sekitar dunia. JW percaya bahawa para pekerja kami harus diutamakan. Kerana jika anda berasa seronok, tetamu kita juga akan berasa seronok. Semudah itu sahaja. Hotel-hotel kami menawarkan pengalaman kerja yang tiada bandingannya. Anda akan menjadi sebahagian daripada komuniti ini dan akan merasai semangat kekeluargaan bersama sekumpulan rakan sekerja yang mempunyai aneka latar belakang. JW mewujudkan peluang latihan, pembangunan, pengiktirafan dan yang paling penting, tempat untuk mengejar impian anda dalam suasana yang mewah. Layanan istimewa untuk tetamu bermula dengan cara kita menjaga para pekerja kita sendiri. Itulah yang dinamakan JW Treatment™.

 
Marriott International ialah majikan peluang saksama yang komited untuk mengambil bekerja tenaga kerja yang pelbagai dan mengekalkan budaya yang inklusif. Marriott International tidak mendiskriminasi atas dasar ketikaupayaan, status veteran atau sebarang status yang dilindungi di bawah undang-undang persekutuan, negeri atau setempat.